Thursday 3 March 2011


PROJEK CTU 151

UITM ARAU,PERLIS

TAJUK:SEJARAH TOKOH ISLAM DI TEMPAT SAYA



·        NAMA PELAJAR: NURUL HIDAYAH BINTI MUSTAFFA KAMAL  BASHAH
·        MATRIKS NO: 2010479522
·        KUMPULAN: ASD2Cn
·        NAMA PENSYARAH: USTAZ ABD AZIZ HARJIN
·        PROGRAM: AS120
·        COURSE CODE: CTU151
·        TARIKH HANTAR: 3 MAC 2011







ISI KANDUNGAN:
1.     ISI KANDUNGAN
2.     ABSTRAK
3.     PENDAHULUAN
4.     LATAR BELAKANG DIRI
5.     PENGALAMAN BERKHIDMAT
6.     PERANAN TUGAS SEBAGAI USTAZ
7.     PENGALAMAN HIDUP
8.     PANDANGAN USTAZ DAN MASYARAKAT
9.     IDEA BARU
10.   CADANGAN-CADANGAN
11.  HARAPAN DAN CITA-CITA
12. PENUTUP
13.  BIBILIOGRAFI



ABSTRAK:
Tokoh islam sebaiknya dijadikan idola dalam mempertingkatkan prestasi hidup kita di muka bumi Allah yang fana ini.Sebagai seorang muslim,kehidupan yang terbaik merupakan kehidupan yang mempunyai etika yang terbaik atau dalam erti kata lain meneladani dan mempraktikkan sesuatu yang baik dan meninggalkan serta-merta segala apa yang dikeji Allah.Contoh akhlak terbaik terdapat kepada tokoh-tokoh islam yang disegani.Bagi umat Nabi Muhammad S.A.W contoh yang terbaik itu semestinya nabi kita sendiri iaitu Nabi Muhammad S.A.W .Nabi yang diutuskan dalam kalangan manusia itu bertujuan agar dapat mengembalikan kita ke jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai Allah .Allah memilih nabi dalam kalangan manusia agar mudah untuk manusia yang lain mengikuti dan mencontohi mereka.Setelah kewafatan Nabi Muhamamd S.A.W,para sahabat bagindalah yang telah meneruskan perjuangan islam sehingga ke hari ini peranan tersebut telah dimainkan oleh golongan-golongan ulama contohnya para ustaz.Para ustaz ini telak berusaha bersunggah-sungguh dalam menyebarkan dakwah islamiyah kepada tali agama yang satu iaitu islam.Dakwah yang dimaksudkan dari segi bahasa ialah menyeru,mengajak,memanggil,menyampai dan mendorong (5M).Dari segi istilahnya pula bermaksud mengajak atau menyeru manusia ke jalan Allah dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran supaya mereka mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Golongan ustaz ini bertanggungjawab besar dalam menyeru umat islam terutama masyarakat sekelilingnya melakukan amal makruf nahi mungkar.Dalam menjalankan tanggungjawab yang begitu besar dan berat ini banyak onak dan ranjau yang telah dilaluinoleh mereka yang boleh dijadikan pedoaman terutamanya kepada golongan anak muda.Seterusnya,harapan dan cita-cita mereka hendaklah diketengahkan agar dapat menyebarkan islam dengan lebih meluas lagi.


PENDAHULUAN:
            Pertama sekali saya ingin mengungkapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T yang maha besar lagi maha agung kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,saya diberikan peluang olehNya untukl menyiapkan projek ctu 151 yang telah diberikan kepada saya dengan jayanya.Dengan takdirNya,saya telah memilih tajuk “SEJARAH SALAH SEORANG TOKOH ISLAM DI TEMPAT SAYA”.Dalam usaha menyiapkan projek ini,pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah dapat saya perolehi.Saya lebih menghargai perjuangan tokoh-tokoh islam.Selain itu,saya juga dapat menambah kefahaman saya tentang tugas-tugas  pejuang-pejuang islam kita dan lebih bersemangat untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai muslim.
             Bagi menjayakan projek ctu 151 ini,saya telah memilih ustaz Arshad bin Ahmad,imam Masjid Al Huda,untuk memberikan pelbagai informasi dan pengalaman berharga yang mungkin tidak dilalui oleh orang lain.Beliau telah banyak membantu saya  dengan memberikan kerjasama menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan berkongsi suka dukanya selama menjadi seseorang yang bergelar imam di tempat tinggal saya.Di dalam projek ini,saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang diri,pengalaman dan tugas serta pendapat dan idea-idea beliau.


LATAR BELAKANG DIRI:


            Nama penuh beliau ialah Arshad bin Ahmad .Beliau berusia genap 48 tahun pada tahun 2011 ini.Anak kedua dari 4 orang adik beradik ini merupakan anak tunggal lelaki kepada pasangan Ahmad bin Yunus dan Samsiah binti Mat.Beliau telah dilahirkan pada tanggal 5 mei 1963.Beliau berasal dari Sg. Manik,Teluk Intan,Perak.Pada tahun 1983 iaitu semasa beliau berusia 20 tahun,beliau telah berkahwin dengan Noor Sidah binti Yahya yang berasal dari selangor.Kini pasangan bahagia tersebut telah berjaya mendirikan rumah tangga selama 28 tahun dan dikurniakan 8 orang anak iaitu 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan.Beliau telah mendapat pendidikan di Madrasah Muhammadiah,Pondok Sungai Durian ,Kuala krai,Kelantan semasa berusia 7 tahun.beliau juga pernah mendapat pendidikan di Pondok Tuan Hj Yaakob Beranagan,Tumpat .Sebuah rumah telah disediakan untuk para iamm berhampiran dengan masjid bagi memudahkan seseorang imam itu mengimami sembahyang tidak kira hujan atau panas dan memberikan kemudahan kepada keluarga imam tersebut untuk beribadat di masjid pada bila –bila masa.Memandangkan beliau merupakan imam di masjid Al Huda ini,kini,beliau menetap di kediaman bernombor satu rumah imam,masjid Al Huda Paya Jaras 47000 Sungai Buloh,Selangor.Menurut beliau,beliau tidak mempunyai apa-apa rahsia.Bagi beliau,beliau merupakan hamba Allah biasa,budak dangau seperti saudara –saudara islam yang lain juga.Beliau menambah,tuhan itu menjadikan manusia dalam keadaan yang sama sahaja iaitu dari tanah cuma proses kematangan seseorang itu sahaja yang membezakan antara beliau dan manusia yang lain.Namun,beliau tetap percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja yang mereka cita-citakan asalkan mereka berusahadengan tekun dan mendapat keizinan AllahS.W.T.,tetapi tentulah memakan masa kerana untuk mencapai sesuatu tiada satu pun merupakan jalan yang mudah.
Di dalam hidup beliau,beliau sentiasa menanamkan prinsip jangan mudah berputus asa.Sebagai manusia beliau akui perkataan “putus asa” sudah menjadi lumrah kehidupan seseorang tapi apabila diri kiata merasai putus asa kita seharusnya cepat-cepat kuatkan semula semangat kita untuk terus bangkit lagi.Kita tidak akan boleh jadikan agama hanya satu tempat untuk  kita bergantung apabila kita susah sebaliknya menganggap agama itu sebagai tanggungjawab ibadah yang wajib dijalankan dengan baik sebagai tugasan seharian.

  
PENGALAMAN BERKHIDMAT:
        Sejak berkahwin imam Arshad bin Ahmad pernah berkhidmat sebagai imam selama 28 tahun.Beliau mula menyumbangkan khidmat bakti kepada masjid sejak tahun 1983.Beliau pernah berkhidmat di 4 buah masjid semenjak tahun 1983 sehingga sekarang.Yang pertama,beliau telah dilantik menjadi imam di Ulu Bernam selama 5 tahun.Seterusnya,semasa beliau berumur 25 tahun iaitu pada tahun 1988,beliau berpindah ke Teluk Intan,Perak dan menjadi imam selama 2 tahun di situ.Sehingga kini iaitu 2011 beliau telah menjadi imam di masjid Al Huda Paya Jaras  lebik kurang selama 11 tahun.
       Menurut beliau lagi beliau telah cuba sedaya upaya memberikan khidmat,jasa dan pengorbanan  yang terbaik untuk semua orang.Bagi beliau ketika Allah memberikan kemewahan contohnya,kita mestilah turun ke bawah,melihat mana-mana yang boleh dibantu.Allah itu memberikan rezeki melalui kita untuk kita menolong orang lain yang berada dalam kesempitan wang atau kesusahan.Hal ini kerana rezeki itu adalah hak milik Allah jadi Allah yang maha kaya itu berhak mengambil semula rezeki yang ada pada kita ini pada bila-bila masa.Di sini bermaksud rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain dan jika menurut hukum pun memang sebegitu.Oleh itu,zakat fotrah itu harus dikeluarkan.walaupun jumlahnya sedikit namun islam merupakan agama yang adil.Duit yang lebih itu mestilah dibelanjakan ke jalan Allah (kebajikan).


PERANAN TUGAS SEBAGAI USTAZ:
       Ustaz Arshad bin Ahmad telah sedaya upaya memberikan khidmat,jasa dan pengorbanan yang terbaik untuk semua masyarakat dan persekitaran sekeliling dalam membimbing ummah ke jalan yang diredhai Allah.Tugas utama beliau di Msajid Al Huda Paya Jaras ialah merupakan seorang imam di masjid tersebut.Beliau telah berkhidmat sebagai imam di masjid ini lebih kurang selama 11 tahun. “Imam” bermaksud mereka yang dilantik oleh pihak berkuasa agama iaitu jabatan agama atau Majlis Agama Islam untuk melaksanakan tugas sebagai mengimami atau mengetuai sembahyang lima waktu ,sembahyang dan khutbah jumaat,sembahyang hari raya dan hari-hari tertentu keagamaan.Begitu juga dengan giliran mengajar ilmu-ilmu agama di masjid.Mungkin lebih luas lagi fingsinya ialah menjadi penanggung jawab agama dan sosial setempat yang mesti menjalankan tugas menyebarkan dan meluaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusiaan kepada sesiapa yang memerlukan setakat yang termampu.
        Beliau menambah bahawa tugas imam ini adalah tugas para Rasul.Imam yang baik dimaksudkan juga baik dari segiagama dan dunia.Golongan imam ini mendalam dalam agama dan syariat dan juga faham dengan persoalan semasa yang berbangkit.Dengan itu,golongan imam mampu menolak pemikiran dan tin dakan yang batil itu.Selain itu,seseorang imam itu hendaklah mempunyai hubungan baik antara imam dan anak mukim sehingga imam tersebut dapat mengetahui masalah anak mukim dan anak mukim pula tidak berasa segan memberitahu imam.
        Bukan itu sahaja,sebagai imam beliau juga perlulah menjalankan bancian dan menyimpan satu daftar kehadiran bagi orang-orang yang meningkat umur 15 tahun yang dikehendaki hadir sembahyang jumaat di dalam kariah masjid.Di samping itu,beliau juga mengatur dan mengawasi kerja-kerja pegawai masjid yang dibawahnya.
         Tambahan pula,beliau mempunyai peranan yang besar terhadap penduduk kampung seperti menguruskan jenazah yang merupakan fardhu kifayah dalam islam.Kebiasaannya,imam mengambil alih tanggungjawab menguruskan jenazah itu sekiranya waris kepada jenazah tersebut tidak mempunyai kemampuan atau pengalaman.Dalam menguruskan jenazah ,beliau akan memandikan jenazah tersebut,mengkafankan,menyembahyangkan jenazah serta mambacakan talkin di kubur untuk si mati.Beliau juga sering diundang ke rumah si mati untuk mengetuai bacaan tahlil buat si mati.Beliau juga sering diundang ke kenduri-kendara contohnya kenduri doa selamat dan mengetuai bacaan doa.
         Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk mencegah maksiat seperti menangkap kes-kes khalwat.Persoalan inilah yang pernah dititipkan Rasul pembawa risalah dalam sebuah hadisnya yang sahih lagi mahsyur.Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang mafhumnya,sesiapa di antara kamu yang melihat maksiat kemungkaran ubahlah ia dengan tangannya(kuasa yang ada pada seseorang) jika dia tidak mampu maka ubahlah ia dengan lidahmu,jika dia tidak mamapu maka gunakanlah hatinya(dalam membenci dan tidak meredhai berlakunya kemungkaran itu) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.(Riwayat Bukhari dan Muslim).Beliau mengatakan bahawa kemampuan seseorang itu dalam mencegah kemungkaran merupakan salah satu dari unsur penting dalam dakwah dan diukur bersama dengan tahap keimanannya terhadap Allah SWT.
          Beliau jugalah yang menjadi jurunikah sekiranya ada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.Beliau dipertanggungjawabkan mendaftar sesebuah pernikahan itu kepada pejabat agama dan menguruskan sijil perkahwinan kedua pasangan pengantin tersebut.
        Beliau turut melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di masjid seperti memberikan ceramah atau kuliah-kuliah agama kepada semua peringkat umur.Beliau merupakan ketua segala majlis keagamaan dan mengikuti semua program yang dirancang sama ada oleh pihak AJK masjid atau pejabat agama.
  

PENGALAMAN HIDUP:
       Menurut beliau,dalam setia amal ,keikhlasan merupakan modal yang begitu penting dalam kehidupan.Sebanyak dan sebesra apapun amal seseorang itu jika tidak wujud keikhlasan,tidak ada apa-apa nilainya disisi AllahSWT.Dengan adanya keikhlasan tugas0tugas yang berat seperti menjadi imam ini akan terasa menjadi ringan tetapi jika sebaliknya,jangankan yang berat yang ringan pun akan menjadi berat.Tangunggjawab imam sangatlah besar ,kerana itu Rasulullah S.A.W menyebut “jangan kamu berebut jadi imam,jadilah muadzin(bilal atau tukang azan)”.Sekiranya imam itu terlalai hatinya dari mengingati Allah atau terdapat kekurangan dalam solatnya maka pahalanya akan diberikan kepada para makmum.Maka bila fungsi imam hendak di wujudkan secara ideal,maka tugas imam terasa menjadi berat dan keikhlasan menjadi amat penting.Di samping itu,keikhlasan juga membuat seorang imam tidak  bermaksud memperoleh keuntungan material meskipun mungkin sahaja dia mendapatkan  imbuhan material dengan sebab waktunya dihabiskan untuk kepentingan masjid semata-mata sehingga dia tidak sempat lagimencari kehidupan duniawi.
         Beliau juga selalu menanam sifat sabar dalam diri beliau.Hal ini berikutan beliau terpaksa berhadapan dengan semua karenah manusia yang sebahagiannya ada yang menyukai malah ada sebahagiannya ada yang kurang menyenangi beliau.Menurut beliau,kesabaran yang wujud menahan diri dari sikap dan perilaku emosional merupakan sesuatu yang amat diperlukan oleh seseorang imam,apatah lagi tugas imam dalam menghadapi jamaah yang banyak dengan sikap dan perilaku yang beragam.
          Dalam situasi ini,beliau menjadikan Rasulullah sebagai contoh  agar beliau sentiasa dapat mengawal hati dan perasaan.Rasulullah  S.A.W sebagai imam masjid membuat orang baduri yang kencing di dalam masjid tidak dimarahinya secara emosional,kerana orang itu memang tidak mengerti aturan justeru itu,baginda mengarahkan di mana seharusnya seseorang itu membuang kotoran di masjid itu.
 Allah SWT berfirman yang ertinya:
“Makadisebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.Kerana itu maafkanlah mereka,mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyuarahlah dengan mereka dalam urusan itu.”
        Menurut beliau lagi,memahami jiwa jamaah ini akan membuatkan sesorang imam itu bersikap dan bertindak dengan bijaksana sehingga jamaah tetap aktif di masjid dalamupaya memakmurkannya bukan menjauhkan diri dari masjid yang  yang menyebabkan masjidnya tidak makmur.
        Oleh itu,beliau sentiasa mengenali kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai seorang hamba Allah.Apa yang tidak mampu beliau laksanakan,beliau akan meminta orang-orang lain memerhatikan.Beliau lebih rela melalui jalan yang sukar kerana beliau berpendapat itulah jalan yang kekal.
       Berikutan pengalaman kerja sebagai seorang imam,terlalu banyak onak dan ranjau yang telah dilalui ada yang manis dan tak kurang hebatnya yang pahit.Menurut beliau,pengalaman manis yang didapati beliau ialah apabila beliau dapat menunaikan rukun islam yang ke-5 iaitu dapat menunaikan haji pada tahun 2004 semasa beliau berumur 41 tahun bersama isteri tersayang iaitu Noor Sidah binti Yahya.Beliau begitu bersyukur kerana mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah di Makkah.
           Sementara pengalaman pahit beliau pula ialah apabila ada orang yang mempertikaikan cara beliau menjalankan tugas seolah-olah beliau tidak menjalankan tugas atau erti kata lain memakan gaji buta.
           Namun pengalaman berharga yang didapati beliau ialah beliau tidak pernah berasa gementar menguruskan mana-mana jenazahpun memandangkan beliau telah banyak menimba pengalaman dengan lebih daripada 1000 orang jenazah dalam hidup beliau.


PANDANGAN USTAZ DAN MASYARAKAT:
         Menurut beliau,semua orang yang dipandang beliau lebih mulia daripada diri beliau sendiri.Beliau menekankan hal ini dengan menggunakan catatan imam Ghazali dimana apabila imam Ghazali terjumpa dengan seekor anjing kurap imam Ghazali menganggap anjing kurap tersebut lebih mulia dari dirinya.Pada anggapan imam Ghazali anjing kurap tersebut mungkin akan masuk syurga berbanding diri imam ghazali tersebut yang mungkin akan masuk api neraka.Sesungguhnya kita tidak mengetahui kedudukan seseorang itu di sisi AllahSWT.Sementara pandangan masyarakat terhadap ustazpula terdapat banyak,ada yang suka dan juga tidak.


IDEA BARU:
       Menurut beliau,islam seharusnya disebarkan melalui cara pokok terdahulu seperti apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu berhadapan dengan umatnya dan berdakwah.Namun dalam era teknologi canggih ini,lita perlu mengambil peranan dalam bidang teknologi ICT dan penyebaran maklumat.Kita perlu mengetengahkan ungkapan-ungkapan ulama yang muktabar seperti Dr.Yusuf al Qardhani sebagai contoh.Dengan usaha itu,ancaman-ancaman liberal dapat diminimakan sekali gus memberikan pandangan tulus kepada masyarakat malaysia.
       Untuk berdakwah dan mendidik menurut beliau mempunyai pelbagai cara.Hal ini tidak bergantung kepada kelas-kelas dan syarahan agama sahaja,malah kita boleh menyampaikan dakwah melalui mata pena.Sememangnya sudah menjadi budaya para ulama pada zaman silam yang berdakwah melalui penulisan sehingga terbitnya kitab-kitab agung yang masih di baca hingga kini.
        Bukan itu sahaja,kita juga boleh berdakwah menggunakan saluran radio dimana teks asal al-quran terdapat dalam format skrip radio untuk memenuhi sebuah rancangan agama di radio.Melanui radio,dakwah yang disampaikan dapat didengari di mana sahaja oleh sesiapa sahaja.


CADANGAN-CADANGAN:
       Antara cadangan-cadangan ustaz mengenai perkembangan islamdari segi umatnya dan agamanya sekali gus ialah kita perlu mengguankan kepakaran mereka(bangsa cina) kerana mereka juh lebih maju dan mahir draipada kita.Apa yang kurang difahami,kita berkongsi dengan tujuan belajar dengan mereka,Apabila sudah faham,kita boleh menjaga kepentingan kita.Menurut beliau,di dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status kerana ada masa kita di atasdan sebaliknya.
      Bagi memantapkan umat islam,kita seharusnya mensifarkan gejala sosial.Remaja yang ada adalah remaja yang faham akan agama dan sentiasa menyahut cabaran hayya’alal falah(marilah menuju kejayaan) maka tidak ada lagilah remaja yang membuang masa.Tetapi remaja yang wujud hanyalah remaja yang mementingkan ajaran islam seperti soalt berjamaah,belajar bersungguh-sungguh,sentisa menjaga pergaulan lelakidan perempuan serta berkata tidak kepada perkara mazmumah seperti minum arak,penagihan dadah,seks bebas,pendedahan aurat dan juga hedonisme yang melampau.
       Seterusnya,beliau menekankan tentang kepentingan Al-Quran dalam kehidupan uamt islam.Al Quran dan al hadith perlu dijadikan pedoman dan panduan utama dalam hidup kerana kini ramai yang hidup berlandaskan nafsu serakah demi memenuhi kepentingan peribadi.
       Sesungguhnya,beliau mengimpikan dunia muslim yang subur gengan penyampaian kebenaran tanpa rasa gentar.Gah masjid bukan kerana seni binanya tetapi kerana peranan dan sumbangannya dalam membentuk ketinggian ummah.


HARAPAN DAN CITA-CITA:
          Mudah-mudahan apa yang beliau ajarkan dapat diamalkan oleh sekurang-kurangnya sebahagian makmum.Beliau berharap agar masjid dan surau penuh dengan jamaah di setiap waktu solat berjemaah dan dipenuhi dengan program keagamaan.


PENUTUP:
       Alhamdulillah,pertamanya saya igin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya akhirnya dapat menyiapkan projek ctu 151 ini dengan sempurna.Seterusnya saya ingin memberiakn setinggi-tinggi penghargaan kepada imam Masjid Al Huda Paya jaras kerana telah banyak memberikan kerjasama dengan berkongsi sebahagian kisah kehidupan beliau dengan saya.Melalui maklumat yang dibekalkan oleh ustaz inilah saya dapat menulis bagi projek ini dengan lancar sekali.
      Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih ditujukan buat ustaz saya,ustaz abd aziz bin harjin yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang projek ini berjalan.Kepada ibu bapa dan rakan-rakan seperjuangan terima kasih kerana memberikan sokongan moral sepanjang menyiapkan tugasan ini.
      Kesinambungannya,dengan wujudnya projek seperti ini saya mendapat semangat baru dalam diri untuk mencontohi tokoh-tokoh islam dan menjadi remaja islam yang berguna dan mampu mengembangkan agama saya iaitu islam dan membawa kejayaan umat islam dalam pelbagai bidang di mata dunia.


BIBILIOGRAFI:
 1)Ustaz Arshad bin Ahmad,imam masjid Al Huda Paya Jaras